assalamualaikum wrh wbt
alhamdulillah ‘ala kulli hal…atas segala nikmat kurniaan Allah yang takkan mampu untuk dihitung..namun kadang2 masih ada keluhan sama ada terdetik di hati mahupun terzahir dengan kata-kata tanpa kita sedari…ighfirly ya Allah..
hmm saya dalam proses menyiapkan thesis untuk honours project sekarang. oh masa berlalu begitu pantas!insyaAllah dalam masa sebulan lagi saya akan pulang ke malaysia…rindu dgn ahli keluarga…rindu dgn akhawat…dan macam2 lagi lah
semuanya berlaku dia atas rencana-Nya…takdir menentukan saya membuat honours di Palmy sedangkan pernah suatu ketika saya mahu lari dari sini!pernah ada perasaan mahu tinggalkan Palmy secepat yang mungkin kemudian perasaan tu berubah untuk tidak mahu meninggalkan Palmy…kenapa boleh jadi macam tu?
sebabnya hati kita Allah yang pegang…Allah boleh ubah hati ni bila2 masa je…dan sudah semestinya Allah akan beri yang terbaik untuk hamba-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 216:
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
jom tengok gambar kat bawah ni

apa yang terpapar dalam gambar di atas adalah “teman baik” saya untuk honours project…banyak kenangan pahit dan manis yang kami lalui bersama tahun ni..hoho..
cuba perhatikan ada dua situasi yang berbeza:
gambar di sebelah kiri: bila magnet menyentuh dinding botol, liquid berkenaan bertindak balas bergerak ke arah magnet. betul tak?
berbeza dengan gambar di sebelah kanan yang tiada daya tarikan magnet (kerana dinding botol tidak disentuh magnet). aras cecair sama rata..(liquid tu duduk diam je tanpa sebarang perubahan)..sedangkan kedua-dua botol dibiarkan berdiri dia atas meja yang landasannya sama rata.
dari situ kita boleh nampak:
takkan ada yang tertarik jika tiada daya yang menarik
takkan ada bertindak balas jika tiada yang memanipulasi
takkan ada yang bergerak jika tiada yang menggerakkannya
dengan itu saya terfikir:
dakwah takkan bergerak jika tiada yang menggerakkannya
tarbiyah takkan berjalan jika tiada yang menjalankannya
dan..
islam takkan berkembang jika tiada yang mengembangkannya
orang takkan tertarik dgn islam jika tiada daya yang menarik
betul tak?
yang bulat takkan datang bergolek…yang pipih takkan datang melayang..jika tiada kesungguhan dan keazaman…matlamat takkan dicapai
semuanya berlaku atas kehendak Allah
antara famous quote:
-”aku rasa tak layak la nak nasihat orang unt jadi baik sedangkan diri sendiri pon tak sempurna”
pembaca yang dikasihi,
jika fikir tak sempurna…tiada sapa pon yang sempurna…nobody is perfect…everybody makes mistakes…kita hanya manusia biasa…bukannya maksum dan kita juga bukan para malaikat.bila kita cuba mengubah/mentarbiyah orang lain, dalam masa yang sama kita cuba mentarbiyah/mengubah diri sendiri ke arah yg lebih baik. 2 in 1.lagi untung kot
.
setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2…manfaatkanlah kelebihan diri yang ada untuk menyumbang sesuatu kepada islam.
berusahalah membina kekuatan diri untuk amal ma’ruf dan nahi mungkar.
jadilah umat yang terbaik!apa ciri2 umat yang terbaik?
Kalam Allah mengungkapkan segalanya.
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 110:
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah…”
jika tidak mampu bersuara, mungkin boleh dizahirkan secara maya (blog, emel,sms, islamic wallpaper, islamic video, etc).
jangan fikir tak layak!semua orang layak.mungkin kita belum jumpa kelayakan itu.sebab apa kita tak jumpa kelayakan tu?sebab kita tak berusaha mencari dan mendapatkannya…insyaAllah jika bersungguh-sungguh Allah akan permudahkan.
Firman Allah SWT dalam surah Al-’Ankaabut ayat 69:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”
dan sememangnya Allah akan beri yang terbaik, insyaAllah.
walau apa jua sekalipun, usaha yang penting…strive for the best and then tawakkal ‘alallah with doa along the way.
petikan dari blog seseorang:
“Percayalah kepada doa dan tawakal, di samping berusaha menurut prinsip-prinsip agama. Apabila Allah menolong kita tiada siapa lagi yang dapat melakukan apapun. Pertolongan dan kurnia Allah itu boleh menjelma dalam berbagai rupa dan bentuk, cuma kita yang selalu jahil untuk memahami kemakbulan doa yang pernah diminta.
Allah pandang usaha kita bukan natijahnya.
akan tetapi kadang2 kita diuji…apa yang dinasihatkan kepada orang,itulah yang berlaku kepada kita.
mungkin akan ada suatu tahap kita tidak cukup kuat untuk bertindak.
itu tandanya Allah sedang mentarbiyah kita
jangan putus asa…bila rasa tak kuat cepat2 fikirkan pasal keindahan syurga dan pengakhiran hidup kita. sedikit sebanyak boleh membantu menaikkan semangat yang hilang tu, insyaAllah.
mohonlah pertolongan kepada Allah dengan penuh sabar agar dikurniakan kekuatan dari-Nya untuk merealisasikan apa yang ditulis/dipertuturkan.
wassalam.