antara dua
antara dua…
jika bukan kiri kanan
jika tidak depan belakang
bila antara dua
ada dua kemungkinan
betul atau salah
baik atau buruk
bila tersepit
rasa buntu untuk memilih jalan keluar
mana satu yang harus dipilih
hanya ada dua pilihan
hanya ada dua jalan
hanya perlu pilih satu
untuk sampai ke destinasi akhir
antara kaca dan permata
oh aku keliru
dua-duanya tak begitu banyak bezanya
kedua-duanya ada baik dan ada buruknya
bila harus memilih
ada hati yang perlu dijaga
oh rasa begitu serba salah
Ya Allah berilah petunjuk-Mu
ada satu cerita :
ada seekor anak ayam.dilema di persimpangan.perlu pilih satu jalan untuk sampai ke destinasi akhir.

kalau kedua-dua jalan itu bergabung menjadi SATU jalan sahaja…bukankah lebih baik?..jadi si anak ayam tak pelu keliru memilih yang mana satu.bila dua jalan itu bergabung, laluan menjadi semakin luas, so takde la konflik traffic jam nanti..
WALLAHU’ALAM…Allah knows best
DOA KETIKA SUKAR MEMBUAT PILIHAN:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kudrat-Mu.
Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Mahatahu sedangkan aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang gaib.
Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku, kemudian berkahilah aku dalam urusan ini.
Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya.
Ameen ya Rabbal’alameen
pilih jgn xpilih
Minta dengan Allah sungguh-sungguh, Percayalah pengalaman sebegini yang akan mematangkan daie dalam memastikan diri terus thabat atas jalan dakwah.
Nti dah lihat, dengar dan kenal kedua-duanya. Lapangkan fikiran dan nilailah dengan neraca yang adil. Daie sejati tidak akan mengorbankan prinsip asas dakwah Islamiyah kerana matlamat tidak menghalalkan cara dan jalan ini masih panjang dan jauh. Fikrah dan bukannya nama yang menyatukan kita.
Allahu musta’an. Akhukum
man-u-sia laycar : bukan senang….
saudaramu : jzkk atas nasihat
apa saja jalan yang yusma pilih, biarlah hati yusma tenang dengannya, letakkan sepenuh harapan kepadaNya. nadiah tau iAllah Allah akan alwez bagi yg terbaik utk yusma sebab yusma alwez berusaha keras atas apa yang yusma lakukan.
all the best:)
Mungkin adakalanya 2 jalan tu bukanlah satu kaca, satu permata..boleh jadi kedua2nya permata…namun ada yg tertarik pada permata yg satu kerana potongannya, dan ada yg tertarik pd satu lg kerana kilauannya.
Maka, neraca siapakah yg lebih tepat?perlukah kita mempengaruhi semua org memilih hanya satu permata dan meninggalkan satu lg, sedangkan pada pembuatnya permata adalah permata??cuma pelbagai bentuk permata perlu dicipta demi memenuhi keperluan manusia yg pelbagai?
Neraca akhirnya pada Allah, bukan pada manusia semata2…kita semua mengimpikan perpaduan dan penyatuan, namun adakalanya langkah kita ke arahnya bukanlah sebenar penyatuan..malah semakin memecahkan..
Moga kita tidak terjerat dalam ghurur (tipudaya syaitan), sama2lah kita mengikhlaskan hati dalam beramal, perturunkan fikrah yg jelas, bukan perturunkan masalah dan keserabutan kepada mad’u2 kita…
serta berlapang dadalah pada pilihan setiap manusia, dan buanglah segala prejudis kerana di dunia ini, sebanyak mana kita cuba membentang kebenaran, hanya di sisi Allahlah kebenaran plg hakiki..
wallahu’alam
faqir ila Allah
Salam Yusma…
setelah sekian lama, baru berkesempatan membaca. Menarik… seperti ada isu besar yg Yusma ketengahkan.
setiap hari kita dalam hidup kita harus memilih… mahu makan, mahu tidur, mahu membaca dll
yg paling baik bila kita memohon bantuan Allah dalam membuat keputusan. Kerana kita ingin mencipta taqwa. ingin redha Nya. Allah matlamat kita.
Suka berkongsi hadis 38 dgn Yusma.
Mari kita berusaha menjadi wali Allah. Semoga Allah memandu pendengaran, penglihatan, tangan dan kaki kita. Dan bila kita memohon pertolongan Allah akan menolong kita.
Mendoakan ketenangan untuk Yusma =D
~yg yakin dgn bantuan Allah~